Just kLik

Friday, December 30, 2011

LasT 2011 .



EXAM.. EXAM.. EXAM...





4HaRi LaGi...



GOOD LUCK ..!! BITAUFIQ WA NAJJAH ...

Thursday, December 29, 2011

SeRiuS NiY~

Hahaha .. Serius aku rindukan dia.. Semenjak dua menjak niy semakin ramai pula 'reporter' yang mention nama dia.. Setelah sekian lama cerita itu terkubur dan nama itu tidak disebut, bulan ini dan minggu ini , kerap sangat nama dia terdengar di telinga aku..

Payah kan cinta tak kesampaian ni, bukan senang nak dengar aku cakap aku cinta kan seseorang ni . Aku manusia yang lemah, tak terlepas dari cintakan manusia meskipun aku pernah mengatakan 'aku hanya memerlukan cinta Ilahi', itu lah kesannya setelah cinta tak kesampaian.. Itulah juga hikmahnya perpisahan ini berlaku, aku rasa lebih dekat dengan Ilahi.. Kisah lama tak perlu lah diungkit kot tapi hati ini tergerak nak cerita tapi tak tahu nak cerita kat sape., malu nak cerita pada manusia, sbb mungkin orang takkan percaya pada cerita yg aku lalui.. Hanya Allah Mengetahui apa aku rasa..

Setianya aku pada cinta pertama., dimata dia, aku bukanlah cinta pertama dia sbb dulu aku ramai kawan lelaki , nak bgthu dia perkara sebenar yang dia cinta pertama aku pun tak guna sbb dia tak semestinya akan memiliki aku.. Atas sebab kesetiaan inilah, pintu hati aku tak terbuka untuk mana-mana lelaki pun.. Kalau yg selalu baca post aku mesti ingat kan aku pernah mengarut pasal lelaki yg duk call n mesej tu, budak lelaki tu memang baik tapi masalah nya hati aku tak boleh nak terima.. Selagi aku belum bergelar isteri, selagi tu aku akan mengharap cinta pertama aku..

Doa aku pada Ilahi '''jika dia benar utk aku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku..''' , titipkanlah doa pada Ilahi bukan menjaja cinta pada yg tak sudi.. Aku takkan bagitahu dia yg aku masih tunggu dia, aku takkan bagitahu aku rindu dia.. aku takkan bagitahu aku sayang dia.. Hanya mengharap keberkatan dari Ilahi, moga sayang yang dia berikan dulu mampu menguatkan lagi sayang aku pada Ilahi., sbb aku nk dia sayang aku kerana Allah dan aku sayang dia juga kerana Allah.. Aku mohon Ya Allah, kuatkanlah cinta kami pada Mu Ya Rahman Ya Rahim..

Serius niy aku rindukan dia, entah kenapa semakin aku cuba lupakan dia, semakin dekat nama dia di telinga aku, semakin ramai yang aku nmpk mirip mcm dia dr segi perangai, pemakaian, style n kepoyoannya.. Gila bayang apa, hahaha ... Ya Rab , peliharalah pandangan dan perlakuanku...

Andai dia sedang bahagia bersama pilihannya, aku mohon Ya Allah, peliharalah mereka dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang Mu, jauhilah mereka dari lalai dengan cinta ., berkatilah mereka menuju ke arah pembinaan masjid yg Engkau berkati.. Insyallah, dengan izin Allah, aku nak lihat dia bahagia dengan orang yang dia sayang, aku bahagia bila tengok dia bahagia..

Hampir 5tahun aku menyimpan perasaan ini, moga penamatnya happy ending., jauhilah kekecewaan yang mampu meghilangkan rasional dalam hidup aku.. Semoga aku redha menerima segalanya... Tak tahu lah sampai bila kesetiaan aku niy., i miss u B .. really.. really miss u ..

GiGi oH GiGi

Sekian lama menanti saat untuk servis gigi atau cleaning gigi ., perkara perlu setahun sekali.. Setelah jauh merantau dan bermacam appoinment telah dibuat, akhirnya di kepala batas segalanya selesai. Klinik swastakan, maka nya, xperlu appoinment, tggu jer turn, then time tu juga servisnya ..


Servis mereka memang terbaik , xsakit langsung dan ramai yang memberi layanan yg terbaik.. Nak dijadikan cerita, ada lar 5 gigi yang berlubang tapi kata doktor tu, lubangnya kecik2 jer.., tampal sikit2 jer .. Masa tampal tu pun xsakit , sedap jer .. 


Alangkah indahnya dunia, bila keluar jer dari bilik doktor, kakak saya berkata " ko tahu satu gigi tampal berap ringgit?" ,.. dlm keadaan garu kepala dan menggeleng... " RM60" .. HAAA?????
Bayangkan 5gigi kali RM60 .., semua sekali RM360... Sekelip mata duit yang aku kumpul selama niy lesap angkara gigi.. Tapi itu lah ., klinik tu xsedia kn senarai harga perkhidmatan.. Time servis tu, doktor tu kata ada lubang, takkan nak biar jer .. Terus lah setuju utk menampal, lihat lah kesannya... hee~


Pesanan saya disini yer ., sila tanya segala bayaran sebelum memulakan apa2 perkhidmatan..
Mohon penjelasan yang teliti di kaunter pembayaran dan kaunter pertanyaan...
Harap maklum .. 
Menyesal dulu pendapatan ., menyesal kemudian , meranalah jiwa...

Wednesday, December 21, 2011

SaKiTKaH

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Ya Allah , ampunilah dosaku. Semoga sakit yang Engkau kurniakan dapat menghapuskan dosa-dosa yg aku lakukan. Tidak mampu untuk aku menanggung azabMu disana, kesakitan ini pun belum tentu dapat ku hadapi , hari demi hari Engkau mengurniakan kesakitan kepadaku, aku redha dan aku memohon kesakitan ini mampu menghapuskan dosaku . Terimalah taubatku yang tidak seberapa ini, 

"Tulus ikhlaskah diri ini menyintaiMu sepenuh hati 
Apakah sekadar bila diuji
Rahmat dan kasihmu tiada sempadan 
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai dugaan"

Subhanallah ..

"Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ..
Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima..."


Monday, December 12, 2011

GuRauaN MenYaKiTkaN

Mereka ini amat kelakar orangnya, setiap kali berjumpa mesti ada aje ayat mereka yg lawak walaupun muka serius tp kadang-kadang jela muka serius, selalunya memang ada muka mr.Bean sikit. Lumrah manusia , girls memang cepat terasa lagi2 kalau emosi xstabil cntohnya baju byk tak basuh , ia boley menyebabkan emosi tak stabil. Maka, dari sinilah gurauan mereka menjadi sesuatu yg menyakitkan hati. Walaupun nmpak sperti bergurau tetapi keseriusan muka mereka menyebabkan kita fikir mereka memang memaksudkan sedemikian.Sukar rasanya nak membezakan mereka ini bergurau ker jujur.

Ketika berkata, berwaspada dengan kata-kata , berfikir sebelum berkata atau jangan berkata jika tidak pasti dengan kata-kata tersebut. Kata-kata mampu membuat hati ini merasa benci pada yang berkata.

Setiap kali menerima kata-kata gurauan sedemikian , barulah akal ini berfikir , 'pernahkah aku melakukan sebgaimana mereka lakukan kepada aku?' , 'mungkin aku juga pernah bergurau sehingga menyakitkan hati sahabat dan rakan aku' , 'perlukah aku bersedih hati dalam tempoh yg lama kerana kata-kata sedemikian, meskipun nmpk sperti jujur kata-kata mereka itu, anggap sajalah ia nya gurauan, itu lebih baik dalam menjaga persahabatan'. 

Dah kata UKHUWAHFILLAH ADADAN , maka positifkan segala bntuk kejujuran yg negatif, walau sakit hati ini masih ada , kata-kata mereka masih berlegar di fikiran , riak wajah mereka masih jelas dimata , berusahalah untuk mempositifkan nya, betapa berat mata memandang, berat lagi hati yang mengawal. Insyallah memaafkan itu lebih baik meski tiada siapa tahu kata maaf itu dilafazkan, segala yang berlaku mungkin berpunca dari diri sendiri, maafkanlah diri sendiri dan lakukan perubahan yang lebih baik untuk mendapat yang terbaik.

JAGALAH HATI WAHAI INSAN YANG BERNAMA AMAL .I LOVE U.

Saturday, December 10, 2011

Dia aDaLaH Dia

Dia seorang perempuan yang cantik, lemah lembut , berbudi bahasa, menjaga aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dia memang seorang yg prefek utk dijadikan kawan baik , isteri solehah , ibu penyayang dan sebagainya.Percakapan dan perlakuan juga amat sopan apabila berada di khalayak ramai, bercakap apabila perlu, susah nak cari manusia macam ni.

Namun sayang seribu kali sayang , dia yang begitu prefek ada juga perlakuannya yang mampu menyinggung hati insan lain yg sememangnya tidak prefek. Benar lah tiada manusia yang prefek dan benar juga lar bahawa lidah adalah benda paling tajam didunia. Disebalik kesopanan yang ditunjukkan diluar , ada identiti lain bersamanya. Tidak salah rasanya jika kita memelihara lidah kita sebagaimana kita menjaga akhlak kita diluar. Namun, perlakuan itu mungkin di luar jangkaan dia , dia tidak perasan perkataan yang dia tuturkan mampu menyakitkan hati rakan lain yg mendengar. Walaupun ia hanya gurauan , ia tetap mampu menusuk ke kalbu.

Sepanjang kehidupan ini, ramai juga dia ini yang ditemui, bukti perlakuan ini menjadi kebiasaan yang luar jangkaan. Don't judge a book by it's cover. Kesopanan luaran kadang-kadang mampu mengaburi mata-mata kasar manusia yang ingin menjadi sepertinya dan mampu mengubah presepsi manusia terhadap insan yang seperti dia. Meskipun dia adalah dia, dia juga perlu fikir kn mereka yang lain.

Thursday, December 8, 2011

TiDuR

"Sleep is imperative to maintaining your health. Without it, you increase your susceptibility to an astonishing array of health problems, including heart disease, stroke, diabetes, obesity and depression. Apart from that, not getting enough sleep can compromise your immune system, says Professor Stanlay Coren, author of Sleep Thieves. you exercise and eat well in order to keep your immune system up, explain Coren, but if you lack sleep, you undo all that good work. The immune system works best when you are asleep because that is when the natural killer cells are generated. Natural killer cells are part of your body's defense systems against external infections."

Berdasarkan petikan diatas jelaslah bahawa saya sedang mengalami depression, sistem imuniti bdan saya xberapa stabil menyebabkan emosi juga xstabil. Antara emosi yg jelas kelihatan ialah cepat 'touching' atau cepat terasa, benda kecik pun boley membuatkan wajah berubah 'ketat' dan masam mencuka. Barulah saya sedar kenapa ia berlaku kerana diri ini bukanlah jenis nk 'touching2' , tak rock lar touching2 niy tapi apa kan daya. Ia adalah perubahan tanpa sedar. Insyallah , kawalan emosi akan diteruskan. Kasihan sahabat2 saya yg menjadi mangsa.
Marilah kita tidur dgn secukupnya dan makan dgn sebaiknya, semoga anda bijak menghargai diri anda sendiri. Sayangi diri anda sendiri sebelum anda ingin menyayangi @ disayangi orang lain.
Harap maklum.~

Wednesday, December 7, 2011

KeMBaLi aKTiF

Dah berapa abad agaknya xupdate blog niy.
Apabila 'rajin' menguasai diri , nak update apa pun xmenjadi .
Mari kita kembali story mory , kali niy myself berada di alam Universiti, maka kebarangkalian cerita nya banyak juga. Update hari2 pun bukan ada orang nak baca, mmg jadi tempat praktis menaip jela blog niy.
Tapi lagi best, saya bebas nak merepek. Mari kita mulakan hari ini dengan story ......


' CEPAT SIAPKAN ASSINGMENT, DUE DATE MAKIN HAMPIR'


*jgn menyesal dgn pembaziran masa yg anda lakukan ini.

Wednesday, July 13, 2011

1orang 1cinta ??

BULAN JULAI 2011 .
Kebanyakan rakan aku, masing-masing mencari pasangan. Umur baru 19-22 tahun , dlam kategori masih belajar erti kehidupan. Bukan ker pasangan kita telah ditetapkan, kenapa perlu risau mencari sekarang. Pelajaran entah ke mana, kewangan pun belum stabil nak menyara anak orang. Antara ayat yang ...... hurmm , tak tahu nak kategorikan sebagai apa. Bacalah jelar yer.
'demi cinta, apa pun sanggup berubah'
'kalau dh sayang namanya, tak makan setahun pun takper janji awak ada disisi saya'
'susah nak cari girl yang baik macam awak, untung anak2 saya nanti'
'kalau awak sudi, sya sggup berhenti belajar dan cari kerja'
So , kita kategorikan sebagai ayat mengayat , baik punyer ayatnya. Segalanya sanggup sekarang niy , akan datang. ???
Perempuan cakap , "lelaki semuanya sama." 
Dan lelaki cakap, "perempuan semuanya sama."
Sebenarnya, manusia niy semuanya sama , yang membezakannya IMAN dan AKAL. Mahupun lelaki atau perempuan , yang perempuan sanggup gaduh kerna lelaki yang belum tentu jadi suami dia dan sebaliknya.
Tak dinafikan jodoh tu kena cari tapi tak perlulah sampai memalukan diri, atau memalukan orang lain. Tidak salah mencuba tapi janganlah sampai memaksa, setiap orang ada prinsip masing2. 
1 lagi ayat yang nak dikongsi  'kalau kita sayang kat orang tu, kita kena luahkan supaya dia tahu, kalau dia tak terima, sekurang-kurangnya kita dh luahkan' . -No Komen-
Sekian...,

Sunday, June 26, 2011

DuNia

Terdetik pula hati ini nak share tentang isu fitnah yg semakin dasyat melanda. Taknak komen lebih2, just nak share .
http://www.youtube.com/watch?v=6L_rM1f0Gq4&feature=player_embedded

ada 4 fasa pendedahan , sesiapa yang berminat , boleh lar tengok kat youtube . Pandai2 lah buat penilaian, siapa yang betul siapa yang salah tetapi Allah Maha Mengetahui apa didalam hati kita.
Masa tengok video niy , tiba2 terlintas lagu 'mahligai kasih by UNIC' . Lirik rangkap ke dua .
'Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata'

Tuesday, June 21, 2011

Rindu Rasanya

Setelah lebih seminggu meninggal Tanah Suci Makkah . Terasa ingin kembali ke sana semula . Rindunya cuaca disana , masyarakat disana , permandangan disana . Segalanya berbeza .
Inilah masjid di Madinah ketika waktu Zohor .
Kat Madinah panasnya terlalu panas sehingga angin yang bertiup pun terasa panas , bahang jalanraya amat dirasai. Tapi panasnya tak menghalang aktiviti seharian . Rindu pada keagungan Allah , kat Malaysia boley juga tengok keagungan Allah tpi kurang feel . Makam Nabi Muhammad s.a.w , Raudhah , segalanya indah walau terpaksa berebut dgn ribuan manusia yang ingin melihat sama .
Kaabah selepas Magrib memang ramai .
Setibanya dihadapan Kaabah , Subhanallah , kelu lidah , lemah rasanya badan ini , otak pun jem . Percayalah ! seharusnya ketika membuat tawaf , mestilah membaca doa2 pilihan atau zikir . Buat pertama kalinya aku tawaf , KELU , hanya mampu ALLAH ALLAH ALLAH , segala zikir yang diamalkan lambat sungguh nak detect kat otak niy . Tapi apa guna sahabat disebelah . (dia tanya aku baca apa , aku tanya dia baca , so , keluarkan nota ) . Allah permudahkan urusan kami . tidak terasa 7 pusingan telah berlalu . Rindu nak berdoa dihadapan Kaabah dibawah cahaya matahari yang memancar . Takkan terasa panasnya . 

Rindukan segalanya di sana . Tenang . Ya Allah , permudahkanlah untuk kami ke sana lagi .
(rezeki manusia tiada siapa yang tahu , maka , berusahalah ke arahnya)

Monday, June 20, 2011

Bahagialah Hati

'Mereka yg berjuang seringkali menangis lemah di sisi Allah,tp Allah kuatkn mereka di sisi manusia,berjuang demi Allah,bahagialah hati meskipun goyah,kerna itulah pejuangan kekasih Allah dan landasan ke JannahNYA,Mereka yg berjuang seringkali menangis lemah d sisi Allah,tp Allah kuatkn mereka di sisi manusia,berjuang demi Allah,bahagialh hati meskipun goyah,kerna itulh perjuangan kekasih Allah dan landasan ke JannahNYA'

Sunday, June 19, 2011

Peace Nobody Only Me

Manusia boleh berubah dalam sekelip mata ? atau berkelip-kelip mata ? Aku hanya mahukan ketenangan , tolonglah jangan ganggu aku meskipun aku memang sudah menjadi insan sepi .
STOP MESEJ !!
STOP CALLING !!
STOP TAGGING !!
Korang mmg tak pernah faham aku . Kalau betul nak kawan dgn aku , buatlah cara kawan , tak payah lebih2 . RIMAS!! Aku tak memerlukan lelaki ajnabi dalam hidup aku sekarang. Cukuplah dosa hati yang dibuat , jagalah hati korang untuk isteri korang. Cintaku hanya pada Yang Esa kerana cintaNya tak pernah kecewakan aku. 
No Men No Cry !! No Men No Stress !! No Men No Fight !! 
Ya Allah , kuatkanlah iman hambaMu ini .

Friday, June 17, 2011

DeTik WakTu

sekian lama perasaan ini tidak wujud dalam diri . Bukan niat untuk menidak ketentuan Ilahi tapi ini sudah tertulis dalam rentetan hidup aku . Aku harus menghadapinya dlm hidup yang tidak seberapa . Pernah merasa rindu ? Rindu yang membuatkan kita mudah menangis .
Baru seminggu akak2 aku takde dirumah . Seorang memang dh smbung belajar kt penang sejak awal tahun lagi tapi kerap jua bersua , dh canggihkan . pakai skype jer . Seorang lagi akak aku yang telah menjalani kehidupan dgn aku selama 5bln telah pindah ke Kulim, dpat pindah sekolah, so kena ikut suami lar. Anaknya a.k.a anak saudara yang aku jaga selama 5bln itu juga turut serta. Sekelip mata segalanya hilang didepan mata.

Dulu tiap2 petang mesti buat mcam2 plan , main badminton , pergi pasar , pergi rumah makcik , pergi rumah kawan akak , pergi beli barang itu ini . Setiap petang mesti penuh akitivti . Meskipun kadang2 plan tak jadi , kami tetap buat bersama iaitu tidur. Kalau aku dan akak 2org tu bergabung, lagi jauh lar kami berjlan.

Tapi itu kisah dulu, sekarang aku kena coretkan sebuah kehidupan baru, meskipun nampak kosong tapi aku tetap rasa bahagia. Dalam bahagia yg cuba dibuat, ada juga air mata kerinduan yang keluar, lagi2 time makan, hari2 aku sekarang niy, makan sorang2 sebab timing mkn dgn mak abah n abg aku 2 org tu , tak sama. Aku mkan sekali sehari , diorang 4x sehari, tak terikut . So terimalah seadanya.

Aku bosan mengatakan aku bosan n aku bosan dgn perkataan bosan n seangkatan dgnnya. Maka kalau ada org tanya, 'cane skrg?' my answer is 'happy' . Apa yang kita sebutkan 1doa, maka kalau aku jawab bosan, maka bosanlah. Jadi positive kan diri anda, say happy. 
(*akak, rindu lar, ble nk balik, uwaaaa. )

Sunday, May 8, 2011

PaHiT MaNis HaRi iTu

     Planning aku dgn member2 menganggur berjalan lancar . Hari anugerah 3k STARS menyatukan kami walaupun byk dugaan berlaku . 1st, Member aku (cekton) taknak pergi kalau pakai t-shirt , kitorang pun duk kalut lar , pasal baju pun jadi isu . So , dijadikan cerita . Akak aku kasi information , kena pakai pakaian formal sebab kami niy kena jaga kaunter Alumni . Al-maklumlah , ada senior mintak tolong . Kami yg kebosanan setuju aje lah . Maka, cerita baju tadi selesai apabila peraturan telah ditetapkan . Aku dgn member aku (ikin) pun ok jer , baju kurung pun baju kurung lah . Then , pagi hari tu , aku g t.intan kejap . Ikin mesej , motor ny xboley ‘stat’ . Udah taknak pergi jugak . Kalut ag lar niy . Paksa gak ikin suh ‘stat’ motor . Selang bape minit kemudian , ikin kata dh ok motor nya . Maka , kami menarik nafas lega .
ODW balik dari t.intan , aku culik cekton depan taman , alang2 dh lalu  kn . Maka pendek sikit lar cter nya .

>AZAN ZOHOR BERKUMANDANG<

Aku dengan cekton pun solat n bersiap . Dipanjang kan balik citer niy . Aku mula2  pakai selendang sbb akak aku ckp , baju yg aku pakai sesuai dgn selendang tu . Tengah betul2 tudung , mak aku pun bersuara ,
Mak - “kenapa pakai tudung tu , xde tudung betui ker?”
Aku  - “ xlawa ker org pakai selendang niy ?”
Mak  - “ kecut jer mak tengok”

Dengan pantas , aku ajak cekton makan dan dengan segera aku naik bilik tukar tudung. Nasib baik senang nak bajet . Ikin dah mesej , -dh kuar ker- Time nak g ‘stat’ moto , abah tetiba panggil , ingatkan surat kebenaran bawak motor kena tarik . Rupanya kasi duit minyak daa . Selamat ~~ . Alamak tayar kempis lar pulak , mintak tolong cina Ah Teck kt darat tu pam kan . Udah aku xreti nk ngepam ny . Ada ker suh pam sndri , dia idak lar busy benor . So dgn selambanya “ uncle niy xmesra rakyat betul lar, tak 1malaysia langsung , ttup kedai lar kalau xnk tlog, itupun berkira “ . Uncle niy buat pekak jer tp bgus lar , aku cuak gak kalo dia tengking aku balik . huhu .

Time parking niy ,
Ikin “na , ko tahu x nk kunci handle ? “
Aku “kwasan skolah xpyah lar nk kunci”
Ikin “mak aku pesan , suh kunci , bahaya .”
Aku , ikin n cekton . hahahaaha –gelak xcover-

Kitorg dh rupa rusa masuk kg . Tak tahu nak g mane . (skip this part, hahaha) . Call abg senior yg offer kitorg tu , dimana lokasi ny . Maka ke hujung blok kaunseling kami tuju . Nak tahu keje kitorg apa ? Lipat browser jer beb , sbb kaunter ny 1 , abg n akak senior dh jaga . So , kami pun sembang sendiri jela . Member bertambah , ble iqah n tieha dtg . Jumpa cikgu2 , tak sangka masih ingat akan kami . tapi dpt sembang kejap jer , busy lar katakan. Dato’ Muhyidin Yassin nk dtg niy .

Tepat 4.15 petang, kompang dipalu , TPM dh smpai . Bangun ler sumenyer niy kasi penghormatan . (TPM senyum dgn aku wey,haha ..) Lagu Negaraku . Then . tiba2 mncul budak konvoi . Perghh , ini bukan rusa masok kg niy , ini dh mcm kambing masok kandang . Sabor je lah . Kitorg yg kehausan niy , meninggalkan dewan , pergi mencari sumber air n lari dr dak2 knvoi yg amat ramai . Aiyaa , kat kantin lagi ramai daa , sluruh pelusuk skola budak2 niy ada . Kami b’4 pun apa ag , pasang hajat mahu mengundurkan diri . Nak g Bagan Datoh . Dgn sopan meminta izin dr akak n abg senior . Tata , kami chow dulu .

Perjalanan kami nk kluar dr skolah . iqah tbe2 berminat dgn motor polis trafik tu . Aku pun tolong lar amek kn gmbr dia kt motor tu . Ada gak pkcik polis tu tegur , “gambar saya xnk ambik” . hehe , sorry xlyan . chow ! . Tiba di pintu SK , aku nmpk member PLKN aku dulu kala , ingatkan dia xcam aku . Tegur2 gitu jer . Tengah ‘stat’ motor niy . ‘aiya, apasal susah nk stat niy’ . Iqah dh nk tlog ‘stat’ kn niy . Hehe , jgn mara ya , kunci lupa bukak . Wreng3x . Kes ikin pulak , duk membebel pasal helmet , -xsuka pakai , helmet lagi besar dr kepala, berat , n mcm2 ag . STOP! jom mulakan pengembaraan . Aku dh lama xbawak moto sampe B.D , last aku bawak 2taon lpas . Smtra tggu kwn aku kuar dr pndok . Aku sembang cket dgn Din(member PLKN), sempat tukar nombor jugak lar .

Perjalanan ke bD . Singgah shell . Time niy , ikin bawak cekton , tayar aku xmampun nk menampung , takut2 lagi teruk . iqah tlog pam kn tayar . Udah rupa pekerja shell pulak , sume motor dia pam tp ikin ny moto x lar . Barulah boley bwak dgn selamat . Kami pun konvoi gak , sume moto Legenda , kaler jer lain. Lepas pam , cekton naik dgn aku semula . Kluar dr simpang shell , ada 1 moto EX5 , dia kasi aku mkn asap , xde sivik langsung . Tggu lar .! 60km/j . ikin suh slow . 70km/j . 80km/j . Jumpa ‘dak senget’ , masok jln org sekati dia jer . Nasib baik aku tahu button horn , mendapat ko .! Tp , lelaki kan . digorengnya aku tgh panas ats jln raya tu . Aku xkisah pun sbb aku tahu dia xkn bertahan dgn kecermatan aku bawak . Ha .! cukup slow .! (mesti ada yg berkata , slow ker tu? )

Impian kami pergi bD nak mkn ABC tp apakan daya , sume kedai ABC tutup . Buat komplot apa depa niy . Cekton paling kecewa . kitorg lepak blkg pasar , sembang dgn Din sekali (time tukar nom, sempat ajk sekali tu, hahaha) . Diorg ok jer sembang dgn Din walaupun xkenal . Kami disitu semua sebaya , umo dh 20 tp perangai . isy2 , dasyyaattt . Cekton xcaye Din sebaya n Din pun xcaye member2 aku sebaya aku . Pandai ko melawak yer Din . So , Din punya pangkin kami dtg , dia ajk g gerai tepi sungai tu, katanya ada ABC . Tp keciwa . Jam pun nk dekat kul6 . So, kmi decide utk pulang . iqah dh balik dulu sblm kitorg sbb nk ambik adik dia .

Ketika ingin pulang , hikhik , time cekton nk naik moto ,tbe2 aku ase kurang seimbang . Fiyuu , tumbang ke kiri . aiyo , sakit nya pinggang aku menahan keberatan motor n cekton . Then , mati enjin . Aku memang dh xseimbang . Angkat moto , tumbang belah kanan pulak . aiyoo .. Dengan mengumpul semangat yg ada , aku n cekton angkat moto . Udah xmau ‘stat’ pulak . Nak tercabut lutut aku menyetat nya . (time2 niy ko meragam yer moto) . Ikin offer nk tlog ‘stat’ tp aku smgt nk cuba ag tu . Tgh duk terajang moto tu , Din mncul menghulurkan bantuan . Aku dh agak dh , kalau dia yg ‘stat’ , skali jer tp nk dijadikan citer kn.

Perjalanan pulang . Aku mendahului ikin . 60km/j .70 km/j . 80km/j . 50km/j . ikin potong . Kat simpang tiga kami berpisah . Aku pun apa ag . 90km/j . (skip this part) . Cekton tggu kat stesen bas , aku kena antar dia balik niy . Jam 6.25 ptg . –asar belum ag niy- . Singgah shell , isi minyak , kan abah dah kasi duit tadi , nati kena soal siasat lak aku . RM3 cukup lar , tu pun dh full , memberatkan enjin jer , haha (ada kaitan ker ) Dgn lafaz Bismillahhirrahmanirrahim , aku menuju ke Batu 20 . Aku potong lori , caye x ? lori tu benti tepi jln , tu pasal aku bley potong . Selamat tiba di depan umah cekton , Berair mata aku . Habuk jln yg buat . muah muah muah cket cekton ,aku teros bergerak pulang . Matahari tepat memancor ke mata , tawakal jela , mmg silau lar , nmpk jln jer , moto kete lori xbape nk prasan . tepat 6.45 ptg . Aku sampai umah . -TAMAT-

*nice with u all , nextime kte plan ag yer . syg korg .! (7/5/11)

Tuesday, May 3, 2011

Antara dua

Kali niy story aku tentang kehidupan dunia yang harus dilalui. Dalam dunia niy kita harus buat keputusan sendiri meski pun perit. Bak kata pepatah ‘diluah mati emak, ditelan mati bapak’ tapi dalam kes aku xde sape mati. Itu jer pepatah yg terlintas.

Dua perkara yang membahgiakan aku. Kalau aku pilih A, aku happy. Kalau aku pilih B pun aku happy. Tapi kalau aku pilih A, aku akan sedih dan begitu sebaliknya. Setelah aku lalui, takde lah sedih mana. Yang penting kita hadapi dalam keadaan positif, maka segalanya akan o.k.

Antara abang dan kembar, aku pilih siapa? Tempoh tak jumpa, lebih kurang same jer, sebulan lebih. Tapi hati aku kuat mengatakan untuk berjumpa kembar. Maka ujung minggu aku bersama kembar. Abang aku balik kampong, aku xdapat jumpa langsung, dia kata dia akan balik lagi 2minggu, insyallah. Pertemuan lagi 2minggu itu mungkin akan lagi indah. Aku terima seadanya dengan hati terbuka sebab apa yang berlaku, semua telah ditetapkan. So, hadapi dengan senyuman.

Miss my brother, hihi.

Bytheway, aku happy kuar dgn twin aku, terima kasih Ya Allah kerna memberi  peluang untuk ku. Moga aku diberi peluang lagi untuk bernafas agar aku dapat bertemu abang aku pulak.

Amiinnn.

Tuesday, April 19, 2011

Yang bernama E.M

Ke Hadapan Encik Masa.,
                Maaf diatas utusan ini sekiranya mengganggu  Encik Masa. Saya benar-benar mahu memohon maaf diatas keterlanjuran dan kesombongan saya terhadap Encik. Encik Masa sentiasa memberi peluang kepada saya untuk berubah kepada kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat, akan tetapi saya tidak menghargai semua itu.,saya membiarkan peluang yang Encik berikan begitu sahaja. Malah saya membalas dengan membuat perkara yang hanya untuk memuaskan nafsu tidur (kononnya jamak tidur yang dulu,tapi terlebih dari itu telah saya jamakkan). Tidak cukup dengan itu, saya turut membiarkan Encik Masa berlalu dihadapan saya tanpa saya menghirau kan, malah saya menghitung bila semua ini akan berakhir. Sungguh tidak bersyukur insan ini, ramai memerlukan Encik Masa dalam kehidupan mereka agar pekerjaan mereka mampu diselesaikan tanpa menangguh, andai kata Encik Masa ini boleh diminta untuk kerja ‘overtime’ pasti ramai yang akan ambil Encik Masa,bahkan meminjam Encik Masa daripada orang lain, namun tidak pernah saya hargai,saya membiarkannya.
                Sekarang saya sedar wahai Encik Masa, dirimu begitu beerti dalam hidup saya. Semua insan dianugerahkan Encik Masa yang sama, tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih, dan tidak pula boleh pinjam meminjam Encik Masa dari orang lain.  Maafkan saya Encik Masa, saya tidak menghargai Encik Masa selama ini, saya lebih menggunakan Encik Masa dengan menemani saya diatas katil bersama bantal katak. Izinkan saya untuk mengubah diri saya, saya harap saya masih belum terlewat untuk menghargai Encik Masa, kerana Encik peneman saya hingga ke akhir hayat saya. Maafkan saya Encik Masa, saya benar – benar alpa dengan hasutan nafsu sendiri yang tidak membawa apa- apa perkembangan pada diri. Dan sering saya suarakan bahawa ‘mood belum sampai’ tetapi mood itu sentiasa ada cuma diri sendiri yang mencorakkannya samada dalam mood malas, mood kecewa, mood itu dan mood ini. Jika saya mengatakan mood saya rajin, maka segala yang dirancang sebelum ini pasti menjadi. Malah segalanya menjadi dengan jayanya bersama Encik Masa.
                Saya rasa cukuplah sampai disini coretan saya, saya harap Encik Masa memberi peluang kepada saya untuk menjalani kehidupan dengan sinar yang lebih bercahaya dan bermakna. Meskipun Encik Masa tidak pernah menunggu saya, saya akan pastikan saya mampu mengejar Encik Masa. Kehidupan saya kelak akan dicatat agar lebih teratur. Terima kasih Yang Maha Pencipta kerana menyedarkan saya seawal ini.
Sekian.

Monday, April 18, 2011

CinTa anTara kiTa

"sejak dari dulu ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu

sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu mungkin ku harap jua
kau merindu ku sebagaimanaku rinduimu

cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg....

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu"

(sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu mungkin ku harap jua kau merindu ku sebagaimanaku rindumu..)

CINTA ANTARA KITA in myword..
1st of all., mestilah cinta pada Allah.. (agama Nya , segala suruhan dan laranganNya)
2nd ., cinta pada Nabi Muhammad s.a.w ( amalannya jua perlu dicintai)
3rd ., mak dan abah ( seri sbb syg mereka pada aku xpernah kurang)
4th ., abang2 n akak2., diorg lah pendidik aku secara tidak langsung..
Seterusnya mytwin ., my bestfren ., n my girlfrensssss(kwn prmpuan rmai., itu pasal ada byk s) ...

Tapi lagu ini lebih menusuk kalbu apabila terkenangkan my twin n mybesfren sbb diorg jauh dan sukar sekali ingin bertemu.. Aku kasi lagu niy kat member aku., dia boley kata " ko buat aku rindu kat pakwe aku lar " .. Cehh!! lntak lah.., ada aku kesah., yg pasti part 'ku harap jua kau merindui ku sebagaimana ku rindumu' memang mnyentuh hati keperempuanan ku.., hurmm., sekian lama dh xjumpe ., ada lar dalam 2-4 bulan kot., itu lah adat manusia., tak selamanya bersama tapi kalau ukhwah berlandaskan agama., manis nya bila terasa rindu.. kebahagian bila bertemu tu., lain dari yang lain rasanya.. Semoga pertemuan kita kelak diberkati Allah.., ukhwah fillah abadan abada~~~

Bahagia jadi diri sendiri..,