Just kLik

Wednesday, December 21, 2011

SaKiTKaH

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Ya Allah , ampunilah dosaku. Semoga sakit yang Engkau kurniakan dapat menghapuskan dosa-dosa yg aku lakukan. Tidak mampu untuk aku menanggung azabMu disana, kesakitan ini pun belum tentu dapat ku hadapi , hari demi hari Engkau mengurniakan kesakitan kepadaku, aku redha dan aku memohon kesakitan ini mampu menghapuskan dosaku . Terimalah taubatku yang tidak seberapa ini, 

"Tulus ikhlaskah diri ini menyintaiMu sepenuh hati 
Apakah sekadar bila diuji
Rahmat dan kasihmu tiada sempadan 
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai dugaan"

Subhanallah ..

"Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ..
Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima..."


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.