Just kLik

Thursday, December 29, 2011

SeRiuS NiY~

Hahaha .. Serius aku rindukan dia.. Semenjak dua menjak niy semakin ramai pula 'reporter' yang mention nama dia.. Setelah sekian lama cerita itu terkubur dan nama itu tidak disebut, bulan ini dan minggu ini , kerap sangat nama dia terdengar di telinga aku..

Payah kan cinta tak kesampaian ni, bukan senang nak dengar aku cakap aku cinta kan seseorang ni . Aku manusia yang lemah, tak terlepas dari cintakan manusia meskipun aku pernah mengatakan 'aku hanya memerlukan cinta Ilahi', itu lah kesannya setelah cinta tak kesampaian.. Itulah juga hikmahnya perpisahan ini berlaku, aku rasa lebih dekat dengan Ilahi.. Kisah lama tak perlu lah diungkit kot tapi hati ini tergerak nak cerita tapi tak tahu nak cerita kat sape., malu nak cerita pada manusia, sbb mungkin orang takkan percaya pada cerita yg aku lalui.. Hanya Allah Mengetahui apa aku rasa..

Setianya aku pada cinta pertama., dimata dia, aku bukanlah cinta pertama dia sbb dulu aku ramai kawan lelaki , nak bgthu dia perkara sebenar yang dia cinta pertama aku pun tak guna sbb dia tak semestinya akan memiliki aku.. Atas sebab kesetiaan inilah, pintu hati aku tak terbuka untuk mana-mana lelaki pun.. Kalau yg selalu baca post aku mesti ingat kan aku pernah mengarut pasal lelaki yg duk call n mesej tu, budak lelaki tu memang baik tapi masalah nya hati aku tak boleh nak terima.. Selagi aku belum bergelar isteri, selagi tu aku akan mengharap cinta pertama aku..

Doa aku pada Ilahi '''jika dia benar utk aku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku..''' , titipkanlah doa pada Ilahi bukan menjaja cinta pada yg tak sudi.. Aku takkan bagitahu dia yg aku masih tunggu dia, aku takkan bagitahu aku rindu dia.. aku takkan bagitahu aku sayang dia.. Hanya mengharap keberkatan dari Ilahi, moga sayang yang dia berikan dulu mampu menguatkan lagi sayang aku pada Ilahi., sbb aku nk dia sayang aku kerana Allah dan aku sayang dia juga kerana Allah.. Aku mohon Ya Allah, kuatkanlah cinta kami pada Mu Ya Rahman Ya Rahim..

Serius niy aku rindukan dia, entah kenapa semakin aku cuba lupakan dia, semakin dekat nama dia di telinga aku, semakin ramai yang aku nmpk mirip mcm dia dr segi perangai, pemakaian, style n kepoyoannya.. Gila bayang apa, hahaha ... Ya Rab , peliharalah pandangan dan perlakuanku...

Andai dia sedang bahagia bersama pilihannya, aku mohon Ya Allah, peliharalah mereka dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang Mu, jauhilah mereka dari lalai dengan cinta ., berkatilah mereka menuju ke arah pembinaan masjid yg Engkau berkati.. Insyallah, dengan izin Allah, aku nak lihat dia bahagia dengan orang yang dia sayang, aku bahagia bila tengok dia bahagia..

Hampir 5tahun aku menyimpan perasaan ini, moga penamatnya happy ending., jauhilah kekecewaan yang mampu meghilangkan rasional dalam hidup aku.. Semoga aku redha menerima segalanya... Tak tahu lah sampai bila kesetiaan aku niy., i miss u B .. really.. really miss u ..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.