Just kLik

Saturday, December 10, 2011

Dia aDaLaH Dia

Dia seorang perempuan yang cantik, lemah lembut , berbudi bahasa, menjaga aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dia memang seorang yg prefek utk dijadikan kawan baik , isteri solehah , ibu penyayang dan sebagainya.Percakapan dan perlakuan juga amat sopan apabila berada di khalayak ramai, bercakap apabila perlu, susah nak cari manusia macam ni.

Namun sayang seribu kali sayang , dia yang begitu prefek ada juga perlakuannya yang mampu menyinggung hati insan lain yg sememangnya tidak prefek. Benar lah tiada manusia yang prefek dan benar juga lar bahawa lidah adalah benda paling tajam didunia. Disebalik kesopanan yang ditunjukkan diluar , ada identiti lain bersamanya. Tidak salah rasanya jika kita memelihara lidah kita sebagaimana kita menjaga akhlak kita diluar. Namun, perlakuan itu mungkin di luar jangkaan dia , dia tidak perasan perkataan yang dia tuturkan mampu menyakitkan hati rakan lain yg mendengar. Walaupun ia hanya gurauan , ia tetap mampu menusuk ke kalbu.

Sepanjang kehidupan ini, ramai juga dia ini yang ditemui, bukti perlakuan ini menjadi kebiasaan yang luar jangkaan. Don't judge a book by it's cover. Kesopanan luaran kadang-kadang mampu mengaburi mata-mata kasar manusia yang ingin menjadi sepertinya dan mampu mengubah presepsi manusia terhadap insan yang seperti dia. Meskipun dia adalah dia, dia juga perlu fikir kn mereka yang lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.