Just kLik

Tuesday, April 19, 2011

Yang bernama E.M

Ke Hadapan Encik Masa.,
                Maaf diatas utusan ini sekiranya mengganggu  Encik Masa. Saya benar-benar mahu memohon maaf diatas keterlanjuran dan kesombongan saya terhadap Encik. Encik Masa sentiasa memberi peluang kepada saya untuk berubah kepada kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat, akan tetapi saya tidak menghargai semua itu.,saya membiarkan peluang yang Encik berikan begitu sahaja. Malah saya membalas dengan membuat perkara yang hanya untuk memuaskan nafsu tidur (kononnya jamak tidur yang dulu,tapi terlebih dari itu telah saya jamakkan). Tidak cukup dengan itu, saya turut membiarkan Encik Masa berlalu dihadapan saya tanpa saya menghirau kan, malah saya menghitung bila semua ini akan berakhir. Sungguh tidak bersyukur insan ini, ramai memerlukan Encik Masa dalam kehidupan mereka agar pekerjaan mereka mampu diselesaikan tanpa menangguh, andai kata Encik Masa ini boleh diminta untuk kerja ‘overtime’ pasti ramai yang akan ambil Encik Masa,bahkan meminjam Encik Masa daripada orang lain, namun tidak pernah saya hargai,saya membiarkannya.
                Sekarang saya sedar wahai Encik Masa, dirimu begitu beerti dalam hidup saya. Semua insan dianugerahkan Encik Masa yang sama, tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih, dan tidak pula boleh pinjam meminjam Encik Masa dari orang lain.  Maafkan saya Encik Masa, saya tidak menghargai Encik Masa selama ini, saya lebih menggunakan Encik Masa dengan menemani saya diatas katil bersama bantal katak. Izinkan saya untuk mengubah diri saya, saya harap saya masih belum terlewat untuk menghargai Encik Masa, kerana Encik peneman saya hingga ke akhir hayat saya. Maafkan saya Encik Masa, saya benar – benar alpa dengan hasutan nafsu sendiri yang tidak membawa apa- apa perkembangan pada diri. Dan sering saya suarakan bahawa ‘mood belum sampai’ tetapi mood itu sentiasa ada cuma diri sendiri yang mencorakkannya samada dalam mood malas, mood kecewa, mood itu dan mood ini. Jika saya mengatakan mood saya rajin, maka segala yang dirancang sebelum ini pasti menjadi. Malah segalanya menjadi dengan jayanya bersama Encik Masa.
                Saya rasa cukuplah sampai disini coretan saya, saya harap Encik Masa memberi peluang kepada saya untuk menjalani kehidupan dengan sinar yang lebih bercahaya dan bermakna. Meskipun Encik Masa tidak pernah menunggu saya, saya akan pastikan saya mampu mengejar Encik Masa. Kehidupan saya kelak akan dicatat agar lebih teratur. Terima kasih Yang Maha Pencipta kerana menyedarkan saya seawal ini.
Sekian.

Monday, April 18, 2011

CinTa anTara kiTa

"sejak dari dulu ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu

sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu mungkin ku harap jua
kau merindu ku sebagaimanaku rinduimu

cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg....

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu"

(sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu mungkin ku harap jua kau merindu ku sebagaimanaku rindumu..)

CINTA ANTARA KITA in myword..
1st of all., mestilah cinta pada Allah.. (agama Nya , segala suruhan dan laranganNya)
2nd ., cinta pada Nabi Muhammad s.a.w ( amalannya jua perlu dicintai)
3rd ., mak dan abah ( seri sbb syg mereka pada aku xpernah kurang)
4th ., abang2 n akak2., diorg lah pendidik aku secara tidak langsung..
Seterusnya mytwin ., my bestfren ., n my girlfrensssss(kwn prmpuan rmai., itu pasal ada byk s) ...

Tapi lagu ini lebih menusuk kalbu apabila terkenangkan my twin n mybesfren sbb diorg jauh dan sukar sekali ingin bertemu.. Aku kasi lagu niy kat member aku., dia boley kata " ko buat aku rindu kat pakwe aku lar " .. Cehh!! lntak lah.., ada aku kesah., yg pasti part 'ku harap jua kau merindui ku sebagaimana ku rindumu' memang mnyentuh hati keperempuanan ku.., hurmm., sekian lama dh xjumpe ., ada lar dalam 2-4 bulan kot., itu lah adat manusia., tak selamanya bersama tapi kalau ukhwah berlandaskan agama., manis nya bila terasa rindu.. kebahagian bila bertemu tu., lain dari yang lain rasanya.. Semoga pertemuan kita kelak diberkati Allah.., ukhwah fillah abadan abada~~~

Bahagia jadi diri sendiri..,