Just kLik

Tuesday, April 19, 2011

Yang bernama E.M

Ke Hadapan Encik Masa.,
                Maaf diatas utusan ini sekiranya mengganggu  Encik Masa. Saya benar-benar mahu memohon maaf diatas keterlanjuran dan kesombongan saya terhadap Encik. Encik Masa sentiasa memberi peluang kepada saya untuk berubah kepada kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat, akan tetapi saya tidak menghargai semua itu.,saya membiarkan peluang yang Encik berikan begitu sahaja. Malah saya membalas dengan membuat perkara yang hanya untuk memuaskan nafsu tidur (kononnya jamak tidur yang dulu,tapi terlebih dari itu telah saya jamakkan). Tidak cukup dengan itu, saya turut membiarkan Encik Masa berlalu dihadapan saya tanpa saya menghirau kan, malah saya menghitung bila semua ini akan berakhir. Sungguh tidak bersyukur insan ini, ramai memerlukan Encik Masa dalam kehidupan mereka agar pekerjaan mereka mampu diselesaikan tanpa menangguh, andai kata Encik Masa ini boleh diminta untuk kerja ‘overtime’ pasti ramai yang akan ambil Encik Masa,bahkan meminjam Encik Masa daripada orang lain, namun tidak pernah saya hargai,saya membiarkannya.
                Sekarang saya sedar wahai Encik Masa, dirimu begitu beerti dalam hidup saya. Semua insan dianugerahkan Encik Masa yang sama, tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih, dan tidak pula boleh pinjam meminjam Encik Masa dari orang lain.  Maafkan saya Encik Masa, saya tidak menghargai Encik Masa selama ini, saya lebih menggunakan Encik Masa dengan menemani saya diatas katil bersama bantal katak. Izinkan saya untuk mengubah diri saya, saya harap saya masih belum terlewat untuk menghargai Encik Masa, kerana Encik peneman saya hingga ke akhir hayat saya. Maafkan saya Encik Masa, saya benar – benar alpa dengan hasutan nafsu sendiri yang tidak membawa apa- apa perkembangan pada diri. Dan sering saya suarakan bahawa ‘mood belum sampai’ tetapi mood itu sentiasa ada cuma diri sendiri yang mencorakkannya samada dalam mood malas, mood kecewa, mood itu dan mood ini. Jika saya mengatakan mood saya rajin, maka segala yang dirancang sebelum ini pasti menjadi. Malah segalanya menjadi dengan jayanya bersama Encik Masa.
                Saya rasa cukuplah sampai disini coretan saya, saya harap Encik Masa memberi peluang kepada saya untuk menjalani kehidupan dengan sinar yang lebih bercahaya dan bermakna. Meskipun Encik Masa tidak pernah menunggu saya, saya akan pastikan saya mampu mengejar Encik Masa. Kehidupan saya kelak akan dicatat agar lebih teratur. Terima kasih Yang Maha Pencipta kerana menyedarkan saya seawal ini.
Sekian.

2 comments:

  1. alhamdulillah syukur... cepat ko insaf ye..haha mana dapat ksedaran ni..? ce cite skit.. bukan senang nak sedar tau kalau dalam situasi cm ko tu.. rasa releks je.. anyway gud luck my twin.. do your best and jangan bazir masa dengan perkara2 lagho lagi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tapi kadang2 nafsu tu tetap cuba menguasai aku taw.. aku pun xthu ble kesedaran niy dtg., mungkin terlalu kerap buat perkara sama., Insyallah.., aku harap idup aku lebey teratur dan mampu aku istiqamah dlm buat bnda yg mnfaat meskipun nmpk mcm bese2 jer..telinga xkn mmpu rilek dgn kata2 org tp itulah guna tlinga., dgr kan jer., otak pula merancana apa baik buruk nya.. thanx... =D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.