Just kLik

Sunday, January 15, 2012

SaiNgKu oRe kLaTe

KeLaNTaN oH KeLaNTaN ..
Untuk pengetahuan kalian, sebelum niy aku tak suka orang kelantan atas sebab2 penemuan orang kelantan yg menyakitkan hati.. 
First , lelaki kelantan yang menipu and mungkir janji tp tak semua lelaki kelantan menipu, mungkin dia terlupa, tak perlulah menyalahkan dia lagi. Semoga anda bahagia yer kawan.
Second, geng2 kelantan yg aku jumpa kt PLKN, Subhanallah, perangai mereka, memang menguji keimanan sungguh, time susah, kita dicari, bila senang, ntah mne pegi nya.,suka bgi alasan n xboley terima nasihat orang.. Tapi itu mungkin time lepas SPM, tak matang ag kan, xper lah. Ade juga org perak perangai mcm tu tp sbb kn xphm loghat klantan, itu yg teruk kena 'kata'.

Now.! Di bumi USIM, bestfren aku org klantan, dia beza dr org klntan yg penah aku kenal sblm niy.. Mungkin sebab kami sebaya n kami kongsi bulan lahir yg sama, kami agak sekepala dan serasi.. Sebelum niy ada juga tapi xserapat ini lar.. Aku boleh terima cara dia, dia pun boleh terima cara aku. Loghat dia pun boley difahami sbb dia tak pior sgt, tp kalau dgn saing2 klate dia, mmg aku tak paham lar apa depa cakap.. Then, dia tak hipokrit sama mcm i  (puji dri sndri juga, hehehe).. Style kami pun ala2 sama jer, dr segi pemakaian lar, beza ny dia pakai jeans , aku tak pakai jeans , itu jer.. Tapi kmi still boley berkongsi citarasa.. =)

Bestfren aku niy ramai tp aku mention kan dia niy sbb dulu aku terlalu tak suka org kelantan, so pesanan ringkasnya disini, jgn terlalu tak suka, anda bakal jatuh cinta... Alhamdulillah, aku jatuh cinta pada sahabat yg sama jantina.. Kami juga kongsi hobi yg sama , suka bergambar tp utk tatapan sendiri , snap n save for ourself only... 

"Mahabbah Ukhuwah"
....itulah ayat salah seorang kawan aku, indahnya bersahabat kerana Allah, baiknya kita dihargai, buruknya kita tak pernah dikeji malah ditegur dgn baik sekali.. Murah hati dan pandai menjaga keaiban, maruah rakannya..



SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL SELAMANYA N MENDAPAT KEREDHAAN DARI ALLAH...

Saturday, January 14, 2012

CePaT BeRLaLu..

Akhirnya selesai 6paper, Alhamdulillah, aku berjaya jawab semua soalan tapi tak pasti lar betul ker tak .. Semoga mesin OMR tu follow paper aku lar, haha.. Sekarang niy kita perlu berdoa dan tawakal.. Semoga Allah mengurniakan kejayaan dalam memulakan kehidupan di U ..Sekejap jer dh abes sem1 ., rasa mcm baru minggu lepas jer daftar... urmm .., liku kehidupan yang sangat menarik yang Allah aturkan..
Mula-mula masuk kolej kediaman, salah bilik .. Hikmah disebaliknya, aku kenal ramai orang, berkenalan dlm bilik first, then berkenalan dgn bilik sebenar n jiran2 sebelah.. Sabar jelar, dh siap kemas tu , boley xperasan nombor bilik sendri ..

....Roomate dr negeri yg berbeza, kak Maryam dr Terengganu. Hanisah dr Melaka. Hanan dr Johor. Tiga2 sporting n happy go lucky., bahagia bersama mereka, sama2 menjaga antara satu sama lain.. Kak Maryam tu umur 21 dr Diploma UNISZA, Nisah n Hanan umur 19 tahmidi kt USIM.. Pelbagai kisah kami kongsi bersama, suka duka geram bahagia, semua kami share, makan sama, study sama (tp lain meja), gelak sama2, solat sama2, ngaji sama2, mandi sama (tp lain toilet), tidur sama (tp lain katil), boley kata semua aktiviti dalam bilik sama-sama buatlah .. Indahnya bersahabat kerana Allah.. Terima Kasih Allah Kerana Mengurniakan aku Sahabat Seperti Mereka ..


....Classmate pun dr negeri berbeza dan umur berbeza.. 19 20 21 ., Perak(1) Selangor(3) Pahang(5) Kelantan(7) Terengganu(1) Kedah(5) Johor(1) Melaka(1) Wangsamaju tu selangor ker ?hurm, sorang lagi duk Wangsamaju.. So semua 25 org., first timer 19org jer, time tu semua malu-malu ag nk bertegur sapa antara lelaki dan perempuan lar, kami yang perempuan setel dah berkenalan.. ada 4tutor, so 4kali lar kami perkenalkan diri, itu yang boley hafal tu.. Second timer 6org masuk, mcm biasa, jangan nmpk sangat gap ny, seminggu jer bezanya.. Kami start kamcing macam family gitu apabila tubuhnya group discussion antara boys n girls.. Alhamdulillah juga kerana Allah kurniakan rakan2 yg sangat sporting , happy sokmo , ceria , caring n saling membantu.. Kenangan di sem1 niy, kami pergi Port Dickson bersama, sangat best .. walau ada pahitnya, biarlah ku telan sendirian kerana yang manis itu lebih indah utk dikongsi...
Family BQB3 , first timer

After class b.arab

motif?? just  they know ..

Port Dickson

Thursday, January 5, 2012

TaHuN BaRu

SaLaM TaHuN 2012 .. (sempat ag kan=)
Marilah kita bersyukur ke atas kurnian usia dan kesihatan yg Allah kurniakan pada kita semua .. 
Alhamdulillah.... Alhamdulillah.. Alhamdulillah ...


Sempena tahun 2012 yg baru menjelma ini , jom kita ubah diri kita , biar lebih baik dari tahun 2011... Yang negatif2 tu kita positifkan yer ., biarlah sepahit mana pun , kita mind set fikiran kita agar perkara yang pahit itu menjadi sesuatu yang manis.. Kekadang perkara pahit ini mengajar kita sesuatu yang tiada dlm silibus kat sekolah, so kita kaji semula kenapa perkara pahit itu terjadi.. Mula-mula , periksa diri sendiri selama 3hari 3malam dihadapan Allah , Allah Maha Berkuasa, Dia mampu menunjukkan apa yang kita tak tahu.. Tapi kekadang kita sendiri tak perasan, padahal Allah dh tunjuk pun.. 
Perbaiki solat , banyakkan membaca ayat suci al-Quran , moga hati-hati kita tidak buta..
Saya niy tak pandai nak cakap soal agama seperti mereka yang lebih fasih tapi insyallah , setakat basic tu, boleh lar amalkan, marilah kita amalkan bersama yer ..


MARI BERUBAH YER ...
Kita mampu lakukan .., jangan biarkan manusia seperti kita menjatuhkan kita kerana kita semua sama , kita sendiri yang menjatuhkan diri sendiri tetapi apa yang kita nampak orang lain cuba jatuhkan kita .. Jatuh bangun kita bergantung pada diri kita sendiri, orang disekeliling kita hanya sebagai pembantu atau penyebab, kita yang tentukan.. Jangan bebankan diri sendiri sebab Allah pun tak bebankan kita dengan bebanan yang kita tak mampu... Apa yang penting, segala yang berlaku adalah kesan dari perbuatan kita sendiri sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.. Wallah hu'alam...


SELAMAT MENGHADAPI TAHUN 2012 .. MOGA 2012 LEBIH BAIK DARI 2011 ..
"periksa hati kita setiap hari"