Just kLik

Thursday, March 15, 2012

DuGaaN

Selesema .. Demam .. Batuk .. Pening .. Sakit dada ...
Pakej untuk aku .., bermula dgn bersin jer , then melarat semua penyakit niy ..


Bila aku berada disini, aku rasa aura kekuatan untuk lawan semua sakit-sakit aku niy , kalau tidak dulu, pening jer pengsan, sakit dada jer pengsan .. Senang sangat aku merebahkan diri ., sampai menyusahkan sahabat-sahabat aku.. Tapi dari situ, aku nmpk sayangnya mereka pada aku .. Rindu kat korang ..


Alhamdulillah, kekuatan yang diberikan mampu buat aku senyum dan ketawa biarpun sakit sedang melanda.. Aku berjaya menyembunyikan sakit, walaupun kekadang tewas dengan air mata automatik tu.. Walau apa pun , aku akan berusaha melawan , kat sini aku kena jaga diri dan kuat semangat, dah takde orang nak tolong angkat kalau pengsan pun,. Malam tadi pun dah kira bersyukur abang datang bawak pergi klinik, dapatlah stok ubat sebagai pencetus semangat supaya sembuh tetapi hanya Allah dapat menyembuhkannya..
Allah bagi aku sakit sebab sayangkan aku, Dia nak ingatkan aku agar tidak alpa dan terus mengharap pada-Nya ...Sakit niy kan kifarah atas kesalahan kealpaan kesilapan yang kita lakukan..


Subhanallah , Maha Suci Allah .. Tabahkan hati ini menempuh dugaan yang Engkau berikan , sakit ini sementara, Engkau kekalkanlah kekuatan yang ada pada diri dan pertambahkanlah.. semoga ubat yang diberikan boleh menyembuhkan dengan izin Mu Ya Allah .. Tetapkanlah hatiku untuk sentiasa mencintai dan merinduimu Ya Allah .. 

Saturday, March 3, 2012

KuTeMu CiNTa-Nya

"Sebuah novel yang menceritakan pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya.Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati"


== Novel dari Dr. Farhan Hadi Mohd Taib==


::: Ada yang kata novel niy 'best', ada juga yang kata 'boley lar' tp utk kata 'tak best' tu takde lar .. Bagi aku novel niy banyak memberi pengajaran dan pengetahuan yang aku tak berapa pasti selama ini.. Orang yang paling hampir dgn aku ada juga buat apa yang Farid niy buat tapi Farid bertemu penyelesaiannya.. Macam mana dgn org yang hampir dgn aku niy , bila dia akan bertemu kebenarannya.. Aku ini terlalu jahil dan lemah imannya untuk memberitahu akan kebenarannya, tiada kekuatan utk menceritakan tentang 'bomoh' , 'pawang' , percaya bnda tahyul , tangkal dan seumpama dengannya...


"Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib lalu mempercayai kata-kata mereka, maka tidak akan diterima solatnya selama 40 hari, riwayat Imam Muslim"


"" Sesungguhnya, Rasulullah SAW seorang manusia yang paling hebat dan menjadi contoh ikutan sepanjang zaman. Sehebat-hebat Nabi, Baginda tidak pernah hanya menilik dari jauh sahaja dah dapat tahu orang itu kena rasuk. Sahabat-sahabat Nabi juga tidak pernah melakukan perkara yang sama""


Itu hanyalah sebahagian., banyak juga hujah yang ada dalam novel ini untuk menyangkal mereka yang percaya tilik dan bomoh ini.. Setiap penyakit ada penawarnya., dan penawarnya ada dalam diri kita sendiri, doktor dan ubatan hanya sebagai usaha, Allah yang akan menyembuhkannya.. Bagaimana nak sembuh ? firstly kita check hubungan kita dengan Allah, then baru pergi check doktor.. Apa yang penting adalah jagalah hubungan kita dengan Allah, maka Allah akan menjaga kita .. Sakit ini adalah nikmat, kadangkala bila kita sakit, baru kita ingat Allah, samada kita mohon pertolongan dariNya atau kita merasa terbeban diuji sedemikian , itu bergantunglah kepada iman kita.. Tepuk dada, tanya iman .. Kenali diri sbb tiada yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri...
Mungkin hanya ini dapat aku sampaikan., sekian..