Just kLik

Sunday, May 8, 2011

PaHiT MaNis HaRi iTu

     Planning aku dgn member2 menganggur berjalan lancar . Hari anugerah 3k STARS menyatukan kami walaupun byk dugaan berlaku . 1st, Member aku (cekton) taknak pergi kalau pakai t-shirt , kitorang pun duk kalut lar , pasal baju pun jadi isu . So , dijadikan cerita . Akak aku kasi information , kena pakai pakaian formal sebab kami niy kena jaga kaunter Alumni . Al-maklumlah , ada senior mintak tolong . Kami yg kebosanan setuju aje lah . Maka, cerita baju tadi selesai apabila peraturan telah ditetapkan . Aku dgn member aku (ikin) pun ok jer , baju kurung pun baju kurung lah . Then , pagi hari tu , aku g t.intan kejap . Ikin mesej , motor ny xboley ‘stat’ . Udah taknak pergi jugak . Kalut ag lar niy . Paksa gak ikin suh ‘stat’ motor . Selang bape minit kemudian , ikin kata dh ok motor nya . Maka , kami menarik nafas lega .
ODW balik dari t.intan , aku culik cekton depan taman , alang2 dh lalu  kn . Maka pendek sikit lar cter nya .

>AZAN ZOHOR BERKUMANDANG<

Aku dengan cekton pun solat n bersiap . Dipanjang kan balik citer niy . Aku mula2  pakai selendang sbb akak aku ckp , baju yg aku pakai sesuai dgn selendang tu . Tengah betul2 tudung , mak aku pun bersuara ,
Mak - “kenapa pakai tudung tu , xde tudung betui ker?”
Aku  - “ xlawa ker org pakai selendang niy ?”
Mak  - “ kecut jer mak tengok”

Dengan pantas , aku ajak cekton makan dan dengan segera aku naik bilik tukar tudung. Nasib baik senang nak bajet . Ikin dah mesej , -dh kuar ker- Time nak g ‘stat’ moto , abah tetiba panggil , ingatkan surat kebenaran bawak motor kena tarik . Rupanya kasi duit minyak daa . Selamat ~~ . Alamak tayar kempis lar pulak , mintak tolong cina Ah Teck kt darat tu pam kan . Udah aku xreti nk ngepam ny . Ada ker suh pam sndri , dia idak lar busy benor . So dgn selambanya “ uncle niy xmesra rakyat betul lar, tak 1malaysia langsung , ttup kedai lar kalau xnk tlog, itupun berkira “ . Uncle niy buat pekak jer tp bgus lar , aku cuak gak kalo dia tengking aku balik . huhu .

Time parking niy ,
Ikin “na , ko tahu x nk kunci handle ? “
Aku “kwasan skolah xpyah lar nk kunci”
Ikin “mak aku pesan , suh kunci , bahaya .”
Aku , ikin n cekton . hahahaaha –gelak xcover-

Kitorg dh rupa rusa masuk kg . Tak tahu nak g mane . (skip this part, hahaha) . Call abg senior yg offer kitorg tu , dimana lokasi ny . Maka ke hujung blok kaunseling kami tuju . Nak tahu keje kitorg apa ? Lipat browser jer beb , sbb kaunter ny 1 , abg n akak senior dh jaga . So , kami pun sembang sendiri jela . Member bertambah , ble iqah n tieha dtg . Jumpa cikgu2 , tak sangka masih ingat akan kami . tapi dpt sembang kejap jer , busy lar katakan. Dato’ Muhyidin Yassin nk dtg niy .

Tepat 4.15 petang, kompang dipalu , TPM dh smpai . Bangun ler sumenyer niy kasi penghormatan . (TPM senyum dgn aku wey,haha ..) Lagu Negaraku . Then . tiba2 mncul budak konvoi . Perghh , ini bukan rusa masok kg niy , ini dh mcm kambing masok kandang . Sabor je lah . Kitorg yg kehausan niy , meninggalkan dewan , pergi mencari sumber air n lari dr dak2 knvoi yg amat ramai . Aiyaa , kat kantin lagi ramai daa , sluruh pelusuk skola budak2 niy ada . Kami b’4 pun apa ag , pasang hajat mahu mengundurkan diri . Nak g Bagan Datoh . Dgn sopan meminta izin dr akak n abg senior . Tata , kami chow dulu .

Perjalanan kami nk kluar dr skolah . iqah tbe2 berminat dgn motor polis trafik tu . Aku pun tolong lar amek kn gmbr dia kt motor tu . Ada gak pkcik polis tu tegur , “gambar saya xnk ambik” . hehe , sorry xlyan . chow ! . Tiba di pintu SK , aku nmpk member PLKN aku dulu kala , ingatkan dia xcam aku . Tegur2 gitu jer . Tengah ‘stat’ motor niy . ‘aiya, apasal susah nk stat niy’ . Iqah dh nk tlog ‘stat’ kn niy . Hehe , jgn mara ya , kunci lupa bukak . Wreng3x . Kes ikin pulak , duk membebel pasal helmet , -xsuka pakai , helmet lagi besar dr kepala, berat , n mcm2 ag . STOP! jom mulakan pengembaraan . Aku dh lama xbawak moto sampe B.D , last aku bawak 2taon lpas . Smtra tggu kwn aku kuar dr pndok . Aku sembang cket dgn Din(member PLKN), sempat tukar nombor jugak lar .

Perjalanan ke bD . Singgah shell . Time niy , ikin bawak cekton , tayar aku xmampun nk menampung , takut2 lagi teruk . iqah tlog pam kn tayar . Udah rupa pekerja shell pulak , sume motor dia pam tp ikin ny moto x lar . Barulah boley bwak dgn selamat . Kami pun konvoi gak , sume moto Legenda , kaler jer lain. Lepas pam , cekton naik dgn aku semula . Kluar dr simpang shell , ada 1 moto EX5 , dia kasi aku mkn asap , xde sivik langsung . Tggu lar .! 60km/j . ikin suh slow . 70km/j . 80km/j . Jumpa ‘dak senget’ , masok jln org sekati dia jer . Nasib baik aku tahu button horn , mendapat ko .! Tp , lelaki kan . digorengnya aku tgh panas ats jln raya tu . Aku xkisah pun sbb aku tahu dia xkn bertahan dgn kecermatan aku bawak . Ha .! cukup slow .! (mesti ada yg berkata , slow ker tu? )

Impian kami pergi bD nak mkn ABC tp apakan daya , sume kedai ABC tutup . Buat komplot apa depa niy . Cekton paling kecewa . kitorg lepak blkg pasar , sembang dgn Din sekali (time tukar nom, sempat ajk sekali tu, hahaha) . Diorg ok jer sembang dgn Din walaupun xkenal . Kami disitu semua sebaya , umo dh 20 tp perangai . isy2 , dasyyaattt . Cekton xcaye Din sebaya n Din pun xcaye member2 aku sebaya aku . Pandai ko melawak yer Din . So , Din punya pangkin kami dtg , dia ajk g gerai tepi sungai tu, katanya ada ABC . Tp keciwa . Jam pun nk dekat kul6 . So, kmi decide utk pulang . iqah dh balik dulu sblm kitorg sbb nk ambik adik dia .

Ketika ingin pulang , hikhik , time cekton nk naik moto ,tbe2 aku ase kurang seimbang . Fiyuu , tumbang ke kiri . aiyo , sakit nya pinggang aku menahan keberatan motor n cekton . Then , mati enjin . Aku memang dh xseimbang . Angkat moto , tumbang belah kanan pulak . aiyoo .. Dengan mengumpul semangat yg ada , aku n cekton angkat moto . Udah xmau ‘stat’ pulak . Nak tercabut lutut aku menyetat nya . (time2 niy ko meragam yer moto) . Ikin offer nk tlog ‘stat’ tp aku smgt nk cuba ag tu . Tgh duk terajang moto tu , Din mncul menghulurkan bantuan . Aku dh agak dh , kalau dia yg ‘stat’ , skali jer tp nk dijadikan citer kn.

Perjalanan pulang . Aku mendahului ikin . 60km/j .70 km/j . 80km/j . 50km/j . ikin potong . Kat simpang tiga kami berpisah . Aku pun apa ag . 90km/j . (skip this part) . Cekton tggu kat stesen bas , aku kena antar dia balik niy . Jam 6.25 ptg . –asar belum ag niy- . Singgah shell , isi minyak , kan abah dah kasi duit tadi , nati kena soal siasat lak aku . RM3 cukup lar , tu pun dh full , memberatkan enjin jer , haha (ada kaitan ker ) Dgn lafaz Bismillahhirrahmanirrahim , aku menuju ke Batu 20 . Aku potong lori , caye x ? lori tu benti tepi jln , tu pasal aku bley potong . Selamat tiba di depan umah cekton , Berair mata aku . Habuk jln yg buat . muah muah muah cket cekton ,aku teros bergerak pulang . Matahari tepat memancor ke mata , tawakal jela , mmg silau lar , nmpk jln jer , moto kete lori xbape nk prasan . tepat 6.45 ptg . Aku sampai umah . -TAMAT-

*nice with u all , nextime kte plan ag yer . syg korg .! (7/5/11)

Tuesday, May 3, 2011

Antara dua

Kali niy story aku tentang kehidupan dunia yang harus dilalui. Dalam dunia niy kita harus buat keputusan sendiri meski pun perit. Bak kata pepatah ‘diluah mati emak, ditelan mati bapak’ tapi dalam kes aku xde sape mati. Itu jer pepatah yg terlintas.

Dua perkara yang membahgiakan aku. Kalau aku pilih A, aku happy. Kalau aku pilih B pun aku happy. Tapi kalau aku pilih A, aku akan sedih dan begitu sebaliknya. Setelah aku lalui, takde lah sedih mana. Yang penting kita hadapi dalam keadaan positif, maka segalanya akan o.k.

Antara abang dan kembar, aku pilih siapa? Tempoh tak jumpa, lebih kurang same jer, sebulan lebih. Tapi hati aku kuat mengatakan untuk berjumpa kembar. Maka ujung minggu aku bersama kembar. Abang aku balik kampong, aku xdapat jumpa langsung, dia kata dia akan balik lagi 2minggu, insyallah. Pertemuan lagi 2minggu itu mungkin akan lagi indah. Aku terima seadanya dengan hati terbuka sebab apa yang berlaku, semua telah ditetapkan. So, hadapi dengan senyuman.

Miss my brother, hihi.

Bytheway, aku happy kuar dgn twin aku, terima kasih Ya Allah kerna memberi  peluang untuk ku. Moga aku diberi peluang lagi untuk bernafas agar aku dapat bertemu abang aku pulak.

Amiinnn.

Tuesday, April 19, 2011

Yang bernama E.M

Ke Hadapan Encik Masa.,
                Maaf diatas utusan ini sekiranya mengganggu  Encik Masa. Saya benar-benar mahu memohon maaf diatas keterlanjuran dan kesombongan saya terhadap Encik. Encik Masa sentiasa memberi peluang kepada saya untuk berubah kepada kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat, akan tetapi saya tidak menghargai semua itu.,saya membiarkan peluang yang Encik berikan begitu sahaja. Malah saya membalas dengan membuat perkara yang hanya untuk memuaskan nafsu tidur (kononnya jamak tidur yang dulu,tapi terlebih dari itu telah saya jamakkan). Tidak cukup dengan itu, saya turut membiarkan Encik Masa berlalu dihadapan saya tanpa saya menghirau kan, malah saya menghitung bila semua ini akan berakhir. Sungguh tidak bersyukur insan ini, ramai memerlukan Encik Masa dalam kehidupan mereka agar pekerjaan mereka mampu diselesaikan tanpa menangguh, andai kata Encik Masa ini boleh diminta untuk kerja ‘overtime’ pasti ramai yang akan ambil Encik Masa,bahkan meminjam Encik Masa daripada orang lain, namun tidak pernah saya hargai,saya membiarkannya.
                Sekarang saya sedar wahai Encik Masa, dirimu begitu beerti dalam hidup saya. Semua insan dianugerahkan Encik Masa yang sama, tidak ada yang kurang dan tidak ada yang lebih, dan tidak pula boleh pinjam meminjam Encik Masa dari orang lain.  Maafkan saya Encik Masa, saya tidak menghargai Encik Masa selama ini, saya lebih menggunakan Encik Masa dengan menemani saya diatas katil bersama bantal katak. Izinkan saya untuk mengubah diri saya, saya harap saya masih belum terlewat untuk menghargai Encik Masa, kerana Encik peneman saya hingga ke akhir hayat saya. Maafkan saya Encik Masa, saya benar – benar alpa dengan hasutan nafsu sendiri yang tidak membawa apa- apa perkembangan pada diri. Dan sering saya suarakan bahawa ‘mood belum sampai’ tetapi mood itu sentiasa ada cuma diri sendiri yang mencorakkannya samada dalam mood malas, mood kecewa, mood itu dan mood ini. Jika saya mengatakan mood saya rajin, maka segala yang dirancang sebelum ini pasti menjadi. Malah segalanya menjadi dengan jayanya bersama Encik Masa.
                Saya rasa cukuplah sampai disini coretan saya, saya harap Encik Masa memberi peluang kepada saya untuk menjalani kehidupan dengan sinar yang lebih bercahaya dan bermakna. Meskipun Encik Masa tidak pernah menunggu saya, saya akan pastikan saya mampu mengejar Encik Masa. Kehidupan saya kelak akan dicatat agar lebih teratur. Terima kasih Yang Maha Pencipta kerana menyedarkan saya seawal ini.
Sekian.

Monday, April 18, 2011

CinTa anTara kiTa

"sejak dari dulu ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu

sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu mungkin ku harap jua
kau merindu ku sebagaimanaku rinduimu

cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg....

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu"

(sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu mungkin ku harap jua kau merindu ku sebagaimanaku rindumu..)

CINTA ANTARA KITA in myword..
1st of all., mestilah cinta pada Allah.. (agama Nya , segala suruhan dan laranganNya)
2nd ., cinta pada Nabi Muhammad s.a.w ( amalannya jua perlu dicintai)
3rd ., mak dan abah ( seri sbb syg mereka pada aku xpernah kurang)
4th ., abang2 n akak2., diorg lah pendidik aku secara tidak langsung..
Seterusnya mytwin ., my bestfren ., n my girlfrensssss(kwn prmpuan rmai., itu pasal ada byk s) ...

Tapi lagu ini lebih menusuk kalbu apabila terkenangkan my twin n mybesfren sbb diorg jauh dan sukar sekali ingin bertemu.. Aku kasi lagu niy kat member aku., dia boley kata " ko buat aku rindu kat pakwe aku lar " .. Cehh!! lntak lah.., ada aku kesah., yg pasti part 'ku harap jua kau merindui ku sebagaimana ku rindumu' memang mnyentuh hati keperempuanan ku.., hurmm., sekian lama dh xjumpe ., ada lar dalam 2-4 bulan kot., itu lah adat manusia., tak selamanya bersama tapi kalau ukhwah berlandaskan agama., manis nya bila terasa rindu.. kebahagian bila bertemu tu., lain dari yang lain rasanya.. Semoga pertemuan kita kelak diberkati Allah.., ukhwah fillah abadan abada~~~

Bahagia jadi diri sendiri..,

Sunday, February 13, 2011

Mood Maulidurrasul

Saya ni bukanlah golongan yg baik juga bukan warak tapi dalam hati masih ada kesedaran dan otak mampu berfikir waras,maka saya ini normal cuma ingin berkongsi kekusutan yang dialami..



Adakah anda terfikir akan tema MauliduRasul 1432H iaitu '1Malaysia 1Ummah'..



"apa yg peliknya,sedap apa tema tu??"



Let see.,penggunaan 'Ummah' sebenarnya hanya untuk Umat Islam iaitu Umat Nabi Muhammad SAW.. Dan bagaimana pula yg dikatakan Umat Rasulullah, Insyallah kalian semua tahu,.



Yang menjadi kekusutan saya ialah kenapa perlu digunakan 1Malaysia.,1Malaysia merupakan gagasan yang menyatakan semua rakyat Malaysia adalah 1.,tidak kira bangsa atau agama.. 1Malaysia telah diterima baik oleh semua rakyat, tetapi saya terfikir, bukankah masa perjanjian merdeka dulu, hak orang-orang Melayu diutamakan tetapi kenapa sekarang disamaratakan.. Namun saya masih bersyukur kerana Malaysia ini masih aman dan tenteram, saya mendoakan yang terbaik..



Kembali kepada tema., kenapa digabungkan 1Malaysia dengan 1Ummah kerana 1Malaysia membawa maksud semua bangsa dan agama, manakala 1Ummah membawa maksud Umat Rasulullah SAW.. Sesuai ker gabungan ini? Masih banyak lagi tema yang boleh dicipta dan lebih kepada memuji Rasulullah SAW..



Ini pendapat saya, jika anda tidak boleh terima,saya mohon kemaafan diatas kekusutan ini..

kadang2 pemikiran manusia sukar diramal., 'banyak udang banyak garam.banyak orang banyak ragam'

sekian..

Friday, February 4, 2011

AnTaRa SaHaBaT DaN 'TeMaN'

Entah mengapa kekecewaan hari ini lebih dasyhattt drpd kekecewaan dulu.. Ingin ku bertanya.,antara 'teman' dan sahabat.,anda pilih yg mana??
Copp!!,apa maksud kamu dgn 'teman'??
hee~ sorry,lupa nk explain, 'teman a.k.a bf, kekasih, pakwe,buah hati, pengarang jantung n bla bla bla...
oo.,ok continue..
kami plan benda niy sebuln yg lalu.,penuh kesabaran menanti hari ini.,sahabat ku ini ada buat post yg beday dia taun niy xde kek.,so otak aku ligat berfungsi untuk bagi kejutan.,so,surat perjanjian mengatakan jam 5ptg tetapi diriku terasa sprti nk kuar awl untuk beli kek dan kebetulan ingin bertemu twin pda sblh ptg ny,sbb tu nk awalkan.. Tetapi,kita hnya merancang.,Tuhan yang menentukan..
Setibanya diriku di kedai kek.,hatiku terdetik utk telefon dia.,mengejutkan jantung apabila mendapat tahu dia di Pekan bersama 'teman' nya.. Namun dia bicarakan bhwa planing kmi akn berjlan lncar,namuuunn..
Mood kek terbang melayang.,diriku berlalu bersama AGC tnpa membeli apa-apa.. Dengan otak yang kurang berfungsi.,AGC melilau ke kedai sana sini.,amatlah kecewa tp kedai sume ttup la,.,Raya Cina...
Waktu itu jam menunjukkan jam 4ptg.,masih ada hrpan jika kami ingin keluar..,setibanya detik yg kunantikan ,dia call mengatakan pertemuan kami terpaksa dibatalkan,alangkah kecewa,air mata ku meluncur laju... 
Kerana dia kekurangan masa.,dia memilih utk menghabiskan masa bersama 'teman' nya.,mulut ku mengtakan tak kisah,namun dihati,Tuhan saja yg thu,. Kan best single.,nk kuar dgn sesapa pun snag.,sume kwm2 jer tp hti org siapa boleh jangka.. ,kekecewaan hari ini mungkin boley mendatangkan kebahagiaan pada hari akan mendatang..
Solan yg tak mampu aku jangka jawapan.. > "kalau ko ade pakwe,ko lebeykan kwn atau pakwe?"

Tuesday, February 1, 2011

MeNgApA JaDi BeGiNi

Salah ker nk berkawan,penah dengar yg berkawan biar beribu,bercinta biar satu.. Tp kawan aku xsampe seribu,dh ada yg cemburu..
Apa yg aku citer niy..
Meh lar bce,sje nk mengisi kekosongan..

Begini ceritanya..
Aku ada ramai kawan.,lelaki dan perempuan,semua ada.,tak kisah lar org tu single ker in a relation ker.,sume aku anggap kawan.,tp inilah masalah ny..
Biasanya girls lar yg akan serang aku,tension sgguh! Bce dgn teliti..
Ada boy ni nk kawan dgn aku.,so aku approve la as a member n aku tahu dia dh ada awek.. Nak dijadikan cerita,girls serang aku dgn ayat yg pedas2.,dia ingat aku nk sgt ker pakwe dia tu..
Ni yg aku tak faham.,apa pasal dia kata aku nak rampas pakwe dia.,juta kali aku kata "kawan jer" tp xpenah nya girl tu nk dgr..
Bukannya apa.,aku ni takde lar cantik sangat sampai pakwe org,aku mampu rembat,nk kata baik pun,tak jugak,ada lar nakal2 sikit..tak tahu lar 'tang' mana pakwe dia nak suka kat aku niy..
Tp kenapa dia tak sound pakwe dia.,aku lak yg kena.. Budak lelaki ni memang selamba,aku dh bgthu awek dia serang aku tp dia boleh relax jer,kte kan kawan,benda tak betul,buat tak thu jer..Nk kawan pun susah,tak kawan pun susah..
Jadinya,aku teruskan berkawan,biarlah girls tu nk ckp apa, yg penting aku jadi diri aku yg sebenar,semua orang aku anggap kawan,awek dia pun aku anggap kawan,tp girl tu tak anggap pun..
Tapi tak semua girls macam ni.,ada yg sporting,yg niy aku suka.. Namun semua ini kehidupan,kita kena lalui juga walau banyak rintangan,tak best juga kalau semua org sama,so, hadapi dgn senyuman..
Mengapa girls boleh jadi begini.,aku harap aku xjadi sepertinya,aku ingin menjadi diri aku yang sebenar..