Just kLik

Sunday, February 13, 2011

Mood Maulidurrasul

Saya ni bukanlah golongan yg baik juga bukan warak tapi dalam hati masih ada kesedaran dan otak mampu berfikir waras,maka saya ini normal cuma ingin berkongsi kekusutan yang dialami..



Adakah anda terfikir akan tema MauliduRasul 1432H iaitu '1Malaysia 1Ummah'..



"apa yg peliknya,sedap apa tema tu??"



Let see.,penggunaan 'Ummah' sebenarnya hanya untuk Umat Islam iaitu Umat Nabi Muhammad SAW.. Dan bagaimana pula yg dikatakan Umat Rasulullah, Insyallah kalian semua tahu,.



Yang menjadi kekusutan saya ialah kenapa perlu digunakan 1Malaysia.,1Malaysia merupakan gagasan yang menyatakan semua rakyat Malaysia adalah 1.,tidak kira bangsa atau agama.. 1Malaysia telah diterima baik oleh semua rakyat, tetapi saya terfikir, bukankah masa perjanjian merdeka dulu, hak orang-orang Melayu diutamakan tetapi kenapa sekarang disamaratakan.. Namun saya masih bersyukur kerana Malaysia ini masih aman dan tenteram, saya mendoakan yang terbaik..



Kembali kepada tema., kenapa digabungkan 1Malaysia dengan 1Ummah kerana 1Malaysia membawa maksud semua bangsa dan agama, manakala 1Ummah membawa maksud Umat Rasulullah SAW.. Sesuai ker gabungan ini? Masih banyak lagi tema yang boleh dicipta dan lebih kepada memuji Rasulullah SAW..



Ini pendapat saya, jika anda tidak boleh terima,saya mohon kemaafan diatas kekusutan ini..

kadang2 pemikiran manusia sukar diramal., 'banyak udang banyak garam.banyak orang banyak ragam'

sekian..

2 comments:

  1. tu dia dah bsuara..! haha.. urm, bagi aq tak spatutnye agama nk dicampuradukkan dengan hal ehwal negara..apa kaitannya malaysia dan maulidur rasul.. nampak tak kena la kat situ, 1Ummah pun kita da tau umat Muhammad.. beragama Islam..1Malaysia pula semua rakyat Malaysia.. semua rakyat Malaysia bukannya semua Islam.. tak sesuai la.. siapa punya idea tu..? ce cite..

    ReplyDelete
  2. besala kn bla dh pemimpin sendiri x phm agama...
    Pyah...>
    nk komen lebih2 x arif sgt tp pndgn sy sma cm cik amal...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.