Just kLik

Thursday, December 29, 2011

GiGi oH GiGi

Sekian lama menanti saat untuk servis gigi atau cleaning gigi ., perkara perlu setahun sekali.. Setelah jauh merantau dan bermacam appoinment telah dibuat, akhirnya di kepala batas segalanya selesai. Klinik swastakan, maka nya, xperlu appoinment, tggu jer turn, then time tu juga servisnya ..


Servis mereka memang terbaik , xsakit langsung dan ramai yang memberi layanan yg terbaik.. Nak dijadikan cerita, ada lar 5 gigi yang berlubang tapi kata doktor tu, lubangnya kecik2 jer.., tampal sikit2 jer .. Masa tampal tu pun xsakit , sedap jer .. 


Alangkah indahnya dunia, bila keluar jer dari bilik doktor, kakak saya berkata " ko tahu satu gigi tampal berap ringgit?" ,.. dlm keadaan garu kepala dan menggeleng... " RM60" .. HAAA?????
Bayangkan 5gigi kali RM60 .., semua sekali RM360... Sekelip mata duit yang aku kumpul selama niy lesap angkara gigi.. Tapi itu lah ., klinik tu xsedia kn senarai harga perkhidmatan.. Time servis tu, doktor tu kata ada lubang, takkan nak biar jer .. Terus lah setuju utk menampal, lihat lah kesannya... hee~


Pesanan saya disini yer ., sila tanya segala bayaran sebelum memulakan apa2 perkhidmatan..
Mohon penjelasan yang teliti di kaunter pembayaran dan kaunter pertanyaan...
Harap maklum .. 
Menyesal dulu pendapatan ., menyesal kemudian , meranalah jiwa...

Wednesday, December 21, 2011

SaKiTKaH

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Ya Allah , ampunilah dosaku. Semoga sakit yang Engkau kurniakan dapat menghapuskan dosa-dosa yg aku lakukan. Tidak mampu untuk aku menanggung azabMu disana, kesakitan ini pun belum tentu dapat ku hadapi , hari demi hari Engkau mengurniakan kesakitan kepadaku, aku redha dan aku memohon kesakitan ini mampu menghapuskan dosaku . Terimalah taubatku yang tidak seberapa ini, 

"Tulus ikhlaskah diri ini menyintaiMu sepenuh hati 
Apakah sekadar bila diuji
Rahmat dan kasihmu tiada sempadan 
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai dugaan"

Subhanallah ..

"Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ..
Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima..."


Monday, December 12, 2011

GuRauaN MenYaKiTkaN

Mereka ini amat kelakar orangnya, setiap kali berjumpa mesti ada aje ayat mereka yg lawak walaupun muka serius tp kadang-kadang jela muka serius, selalunya memang ada muka mr.Bean sikit. Lumrah manusia , girls memang cepat terasa lagi2 kalau emosi xstabil cntohnya baju byk tak basuh , ia boley menyebabkan emosi tak stabil. Maka, dari sinilah gurauan mereka menjadi sesuatu yg menyakitkan hati. Walaupun nmpak sperti bergurau tetapi keseriusan muka mereka menyebabkan kita fikir mereka memang memaksudkan sedemikian.Sukar rasanya nak membezakan mereka ini bergurau ker jujur.

Ketika berkata, berwaspada dengan kata-kata , berfikir sebelum berkata atau jangan berkata jika tidak pasti dengan kata-kata tersebut. Kata-kata mampu membuat hati ini merasa benci pada yang berkata.

Setiap kali menerima kata-kata gurauan sedemikian , barulah akal ini berfikir , 'pernahkah aku melakukan sebgaimana mereka lakukan kepada aku?' , 'mungkin aku juga pernah bergurau sehingga menyakitkan hati sahabat dan rakan aku' , 'perlukah aku bersedih hati dalam tempoh yg lama kerana kata-kata sedemikian, meskipun nmpk sperti jujur kata-kata mereka itu, anggap sajalah ia nya gurauan, itu lebih baik dalam menjaga persahabatan'. 

Dah kata UKHUWAHFILLAH ADADAN , maka positifkan segala bntuk kejujuran yg negatif, walau sakit hati ini masih ada , kata-kata mereka masih berlegar di fikiran , riak wajah mereka masih jelas dimata , berusahalah untuk mempositifkan nya, betapa berat mata memandang, berat lagi hati yang mengawal. Insyallah memaafkan itu lebih baik meski tiada siapa tahu kata maaf itu dilafazkan, segala yang berlaku mungkin berpunca dari diri sendiri, maafkanlah diri sendiri dan lakukan perubahan yang lebih baik untuk mendapat yang terbaik.

JAGALAH HATI WAHAI INSAN YANG BERNAMA AMAL .I LOVE U.

Saturday, December 10, 2011

Dia aDaLaH Dia

Dia seorang perempuan yang cantik, lemah lembut , berbudi bahasa, menjaga aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dia memang seorang yg prefek utk dijadikan kawan baik , isteri solehah , ibu penyayang dan sebagainya.Percakapan dan perlakuan juga amat sopan apabila berada di khalayak ramai, bercakap apabila perlu, susah nak cari manusia macam ni.

Namun sayang seribu kali sayang , dia yang begitu prefek ada juga perlakuannya yang mampu menyinggung hati insan lain yg sememangnya tidak prefek. Benar lah tiada manusia yang prefek dan benar juga lar bahawa lidah adalah benda paling tajam didunia. Disebalik kesopanan yang ditunjukkan diluar , ada identiti lain bersamanya. Tidak salah rasanya jika kita memelihara lidah kita sebagaimana kita menjaga akhlak kita diluar. Namun, perlakuan itu mungkin di luar jangkaan dia , dia tidak perasan perkataan yang dia tuturkan mampu menyakitkan hati rakan lain yg mendengar. Walaupun ia hanya gurauan , ia tetap mampu menusuk ke kalbu.

Sepanjang kehidupan ini, ramai juga dia ini yang ditemui, bukti perlakuan ini menjadi kebiasaan yang luar jangkaan. Don't judge a book by it's cover. Kesopanan luaran kadang-kadang mampu mengaburi mata-mata kasar manusia yang ingin menjadi sepertinya dan mampu mengubah presepsi manusia terhadap insan yang seperti dia. Meskipun dia adalah dia, dia juga perlu fikir kn mereka yang lain.

Thursday, December 8, 2011

TiDuR

"Sleep is imperative to maintaining your health. Without it, you increase your susceptibility to an astonishing array of health problems, including heart disease, stroke, diabetes, obesity and depression. Apart from that, not getting enough sleep can compromise your immune system, says Professor Stanlay Coren, author of Sleep Thieves. you exercise and eat well in order to keep your immune system up, explain Coren, but if you lack sleep, you undo all that good work. The immune system works best when you are asleep because that is when the natural killer cells are generated. Natural killer cells are part of your body's defense systems against external infections."

Berdasarkan petikan diatas jelaslah bahawa saya sedang mengalami depression, sistem imuniti bdan saya xberapa stabil menyebabkan emosi juga xstabil. Antara emosi yg jelas kelihatan ialah cepat 'touching' atau cepat terasa, benda kecik pun boley membuatkan wajah berubah 'ketat' dan masam mencuka. Barulah saya sedar kenapa ia berlaku kerana diri ini bukanlah jenis nk 'touching2' , tak rock lar touching2 niy tapi apa kan daya. Ia adalah perubahan tanpa sedar. Insyallah , kawalan emosi akan diteruskan. Kasihan sahabat2 saya yg menjadi mangsa.
Marilah kita tidur dgn secukupnya dan makan dgn sebaiknya, semoga anda bijak menghargai diri anda sendiri. Sayangi diri anda sendiri sebelum anda ingin menyayangi @ disayangi orang lain.
Harap maklum.~

Wednesday, December 7, 2011

KeMBaLi aKTiF

Dah berapa abad agaknya xupdate blog niy.
Apabila 'rajin' menguasai diri , nak update apa pun xmenjadi .
Mari kita kembali story mory , kali niy myself berada di alam Universiti, maka kebarangkalian cerita nya banyak juga. Update hari2 pun bukan ada orang nak baca, mmg jadi tempat praktis menaip jela blog niy.
Tapi lagi best, saya bebas nak merepek. Mari kita mulakan hari ini dengan story ......


' CEPAT SIAPKAN ASSINGMENT, DUE DATE MAKIN HAMPIR'


*jgn menyesal dgn pembaziran masa yg anda lakukan ini.

Wednesday, July 13, 2011

1orang 1cinta ??

BULAN JULAI 2011 .
Kebanyakan rakan aku, masing-masing mencari pasangan. Umur baru 19-22 tahun , dlam kategori masih belajar erti kehidupan. Bukan ker pasangan kita telah ditetapkan, kenapa perlu risau mencari sekarang. Pelajaran entah ke mana, kewangan pun belum stabil nak menyara anak orang. Antara ayat yang ...... hurmm , tak tahu nak kategorikan sebagai apa. Bacalah jelar yer.
'demi cinta, apa pun sanggup berubah'
'kalau dh sayang namanya, tak makan setahun pun takper janji awak ada disisi saya'
'susah nak cari girl yang baik macam awak, untung anak2 saya nanti'
'kalau awak sudi, sya sggup berhenti belajar dan cari kerja'
So , kita kategorikan sebagai ayat mengayat , baik punyer ayatnya. Segalanya sanggup sekarang niy , akan datang. ???
Perempuan cakap , "lelaki semuanya sama." 
Dan lelaki cakap, "perempuan semuanya sama."
Sebenarnya, manusia niy semuanya sama , yang membezakannya IMAN dan AKAL. Mahupun lelaki atau perempuan , yang perempuan sanggup gaduh kerna lelaki yang belum tentu jadi suami dia dan sebaliknya.
Tak dinafikan jodoh tu kena cari tapi tak perlulah sampai memalukan diri, atau memalukan orang lain. Tidak salah mencuba tapi janganlah sampai memaksa, setiap orang ada prinsip masing2. 
1 lagi ayat yang nak dikongsi  'kalau kita sayang kat orang tu, kita kena luahkan supaya dia tahu, kalau dia tak terima, sekurang-kurangnya kita dh luahkan' . -No Komen-
Sekian...,