Just kLik

Saturday, March 3, 2012

KuTeMu CiNTa-Nya

"Sebuah novel yang menceritakan pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya.Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati"


== Novel dari Dr. Farhan Hadi Mohd Taib==


::: Ada yang kata novel niy 'best', ada juga yang kata 'boley lar' tp utk kata 'tak best' tu takde lar .. Bagi aku novel niy banyak memberi pengajaran dan pengetahuan yang aku tak berapa pasti selama ini.. Orang yang paling hampir dgn aku ada juga buat apa yang Farid niy buat tapi Farid bertemu penyelesaiannya.. Macam mana dgn org yang hampir dgn aku niy , bila dia akan bertemu kebenarannya.. Aku ini terlalu jahil dan lemah imannya untuk memberitahu akan kebenarannya, tiada kekuatan utk menceritakan tentang 'bomoh' , 'pawang' , percaya bnda tahyul , tangkal dan seumpama dengannya...


"Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib lalu mempercayai kata-kata mereka, maka tidak akan diterima solatnya selama 40 hari, riwayat Imam Muslim"


"" Sesungguhnya, Rasulullah SAW seorang manusia yang paling hebat dan menjadi contoh ikutan sepanjang zaman. Sehebat-hebat Nabi, Baginda tidak pernah hanya menilik dari jauh sahaja dah dapat tahu orang itu kena rasuk. Sahabat-sahabat Nabi juga tidak pernah melakukan perkara yang sama""


Itu hanyalah sebahagian., banyak juga hujah yang ada dalam novel ini untuk menyangkal mereka yang percaya tilik dan bomoh ini.. Setiap penyakit ada penawarnya., dan penawarnya ada dalam diri kita sendiri, doktor dan ubatan hanya sebagai usaha, Allah yang akan menyembuhkannya.. Bagaimana nak sembuh ? firstly kita check hubungan kita dengan Allah, then baru pergi check doktor.. Apa yang penting adalah jagalah hubungan kita dengan Allah, maka Allah akan menjaga kita .. Sakit ini adalah nikmat, kadangkala bila kita sakit, baru kita ingat Allah, samada kita mohon pertolongan dariNya atau kita merasa terbeban diuji sedemikian , itu bergantunglah kepada iman kita.. Tepuk dada, tanya iman .. Kenali diri sbb tiada yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri...
Mungkin hanya ini dapat aku sampaikan., sekian..

1 comment:

  1. semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi . Ya Allah , bantulah aku meningkatkan keimananku..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.